Monday, October 26, 2009

new album

salam..lamanya xupdate blog..

perkembangan terbaru ;
kini DmenC sedang mengumpul material utk album yg ke-2..
insyaallah mula masuk studio bulan 11 ni
(mengikut kata ustaz shaiful la)

konsep album masih dikekalkan
Just imej akan diubah sikit..
apa2hal nantikan kemunculan album ke2 DmenC..
dijangka lebih mantap dr album sebelumnya..
kepada peminat2..doakan yg terbaik utk album ke 2 nanti..

teruskan menyokong..

Sunday, October 4, 2009

Juara NMI

Juara NMI ke-5 2009
Sumber: www.islam.gov.my


Calon-calon Nasyid Popular Nmi 2009

1.Allahurabbi- inteam-it175
2.Billal bin Rabbah-all one-ne168
3.Bicara hatiku-nice-nc164
4.Setia Seorang Isteri-wildan-wn160
5.Tazkirah-nakriz feat Jannats-nj162

Calon Kumpulan Nasyid Popular Nmi 2009

1.Nice
2.Inteam
3.Haikal
4.Wildan
5.All One

Calon Solo Nasyid Popular Nmi 2009

1.Amar
2.Suhaimi
3.Akhil Hayy
4.Farah Leia

Bagi calon-calon semua kategori di atas akan dikira undian dari minggu pertama Daurah Nmi 2009 bersiaran sehingga minggu ke 37(minggu terakhir Daurah Nmi 2009 bersiaran) termasuk undian bagi calon-calon finalis yang disenaraikan semasa siaran pada minggu ke 34 hingga minggu ke 37. Semua jumlah undi selama setahun ini akan dikumpul dan ditentukan kedudukan mengikut kategori calon yang terpilih berdasarkan keseluruhan undian anda penonton dan pengundi di Nmi.


Bagi nasyid yang layak untuk dipilih sebagai top 5

It175- Inteam – Allahu Rabbi
Ne168- All-One- Bilal Bin Rabah
Am170-Amar – Kembalikan damai
Nc164- Nice – Bicara hatiku
Ss161- Suhaimi – Selamat tinggal dunia
Wn160 – Wildan – Setia Seorang Isteri
Hk169 – Haikal – Epilog Silam
Nj162 – Nakriz feat Jannat – Tazkirah
Zh159 – Zahran – Di Persinggahan
Aa163 – Akhil Hayy – Kembara di bumi gersang

Anda boleh mengundi untuk memilih lagu-lagu di atas dengan cara sms atau emel.

Undian secara emel adalah seperti berikut:

Taip JNMI kod lagu x 1 untuk satu undi atau x 3 untuk tiga undi atau x 5 untuk lima undi. Anda layak mengundi sebanyak 20 kali kiriman sehari bagi kod dan jumlah undian anda sehari. Anda juga boleh memilih lima top 5 pilihan anda sekali kirim. Semua undian emel hendaklah dikirim ke nmi@islam.gov.my.

Bagi undian sms, anda perlu menaip nmikod lagu32728. Caj 50 sen dikenakan tidak termasuk caj biasa sms oleh pengendali talian anda.

Berikut adalah calon-calon finalis bagi kategori TERBAIK yang akan dihakimi oleh juri professional lantikan Bhg. Media Penyiaran JAKIM:

Calon Nasyid Terbaik Nmi 2009

Bilal Bin Rabah – All One
Bicara Hatiku – Nice
Selamat Tinggal Dunia – Suhaimi
Tazkirah – Nakriz feat Jannat
Seri Hati – Syifa

Calon Video Muzik Terbaik Nmi 2009

Bilal bin Rabah
Kembalikan Damai
Bicara Hatiku
Selamat Tinggal Dunia
Setia Seorang Isteri

Calon lirik Nasyid Terbaik Nmi 2009

Mencari yang Hilang
Kembalikan Damai
cahayaku
Selamat Tinggal Dunia
Tazkirah

Wednesday, September 30, 2009

pemberitahuan

salam..blog dmenc masih under construction..
akan di update dan di upgrade sikit demi sikit,dari semasa ke semasa bagi memantapkan lagi blog ni..
so kepada sapa2 kunjung blog ni..mintak maaf coz xde ape2 lagi..
lepas ni akan ada byk lagi story drpd dmenc..
sekian..

Monday, September 21, 2009

Tentang Kami..

Dmen'C



Kumpulan Dmen'C adalah sebuah kumpulan Nasyid yang ditubuhkan pada 1 Januari 2005 dan dikelolakan oleh Ustaz Shaifulizam bin Jamaludin.Kumpulan Dmen'C terwujud daripada serpihan kumpulan Nasyid Zikry yang asalnya daripada Pejabat Agama Daerah Mersing Johor. Dan yang terkini kumpulan Dmen'C dianggotai sebanyak 4 orang anak muda yang semuanya berasal daripada Daerah Mersing, Johor. Nama Kumpulan Dmen'C adalah cetusan ilham daripada salah seorang ahli Dmen'C sendiri di mana asal ejaannya daripada Dimensi dan telah dikomersialkan dengan Dmen'C yang membawa maksud "Pada Pandangan Lelaki".

Konsep yang akan dibawakan oleh Kumpulan Dmen'C ialah berkonsepkan Balada Pop. Semoga dengan kehadiran Kumpulan Dmen'C akan dapat memeriahkan lagi industri Nasyid Tanah Air Malaysia.

Album sulung mereka terbitan DMC Edutainment memuatkan lagu hit seperti Sejernih Air,Hati Mukmin Sejati dan Cinta Realiti.Lagu Sejernih Air pernah memasuki carta NMI. Lagu ini juga pernah memasuki Juara NMI dan menduduki tempat ke-10. Kini lagu Jalinan Kasih nyanyian barsama Lyn sedang menaiki tangga carta NMI...